Selasa, 2 Oktober 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

PERMOHONAN UNTUK LAY UP KAPAL





Unit Marin LPJ juga ada menguruskan Permohonan untuk Lay Up kapal . Kebiasaannya Lay Up ini dipohon untuk proses membaik pulih kapal. Gambar merupakan contoh kapal yg sedang Lay Up ......

Permohonan ini perlulah dibuat kepada 4 Salinan. Salinan tersebut adalah untuk agensi berikut:

1.  Diserahkan kepada Jabatan Laut 
2.. Pihak pelabuhan yg terlibat JPB/PTP
3.  Disimpan oleh unit Marin LPJ
4.  Disimpan oleh pemohon itu sendiri 

Walaubagaimanapun semua permohonan ini perlulah mendapat kelulusan pengurus besar LPJ....

Borang tersebut boleh di dapati di sini.....
Baca Lagi...

Ahad, 30 September 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

LIMBONGAN MAJU SDN BHD



Limbongan Maju Sdn Bhd (tel. (+607 8278002) beroperasi 2 kali sehari pada hari isnin hingga khamis dan 4 kali sehari pada hari sabtu dan ahad diantara Feri Terminal Changi di Singapura dan Terminal Feri Tanjung Belungkor di Johor. Perkhidmatan feri kenderaan masih belum beroperasi setakat ini. Servis pada masa ini menggunakan feri berkapasiti 120 penumpang. Oerator feri mengenakan tambang sebanyak S$24 untuk satu perjalanan dan S$38 pergi-balik.
Di Changi Feri Terminal Changi, penumpang masih boleh mengatur pakej lawatan ke Desaru Fruit Farm sebagai pakej pelancongan dengan menginap di Lotus Desaru Beach Resort. Lain-lain pengaturan lawatan boleh juga dilakukan bersama operator feri.

Jumaat, 28 September 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

LESEN PENTAULIAHAN MALIM

Unit marin juga mengeluarkan Lesen Pentauliahan Pemaliman kepada malim- malim (Pilot) yang bekhidmat dengan pihak Johor Port Berhad dan Tanjung Pelepas Port Sdn Bhd.

Lesen malim tersebut terbahagi kepada 5 kategori :

1. Malim Kelas A (boleh memandu arah dan merapat ke dermaga bagi kapal yg tiada had panjang)
2. Malim Kelas A1 (boleh memandu arah (Channeling)  kapal yg kurang dari 280m panjang dan merapat ke dermaga bagi kapal yg kurang dari 245m panjang) 
3. malim Kelas A2 (boleh memandu arah (Channeling) kapal yg kurang dari 245m panjang dan merapat ke dermaga bagi kapal yg kurang dari 185m panjang)
4. Lesen B (boleh memandu arah (Channeling) kapal yg kurang dari 185m panjang dan merapat ke dermaga bagi kapal yg kurang 155m panjang)
5. Lesen C (boleh memandu arah (Channeling) kapal yg kurang dari155m panjang dan merapat ke dermaga bagi kapal yg kurang dari 125m panjang)

Lesen malim Kelas C boleh ditauliahkan kepada training pilot selepas mereka lulus dengan jayanya menjalani ujian bertulis dan ujian lisan yg disediakan oleh Unit Marin LPJ. sudah lulus ujian kelas C baru lah boleh ambil ujian Malim Kelas B.....


Untuk mendapatkan Lesen Malim Kelas B mereka perlulah lulus dengan jayanya ujian bertulis dan ujian lisan yg disediakan oleh Unit Marin LPJ. sudah lulus ujian tersebut baru lah mereka boleh ambil ujian bagi kelas A2, A1 dan A.....

Manakala untuk mendapatkan Lesen Malim Kelas A2, A1 dan A mereka hanya perlu lulus dengan jayanya didalam ujian lisan yg disediakan ..... perlu di ingat bukan senang nak lulus kerana para panel penemuduga semuanya berpengalaman luas tentang dunia maritim.....


Khamis, 20 September 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

JENIS-JENIS LESEN YANG DIKELUARKAN OLEH UNIT MARIN




Lesen-lesen tersebut ialah seperti berikut :

1.   Ship Chandling 
2.   Bunkering 
3.   Bekalan Air Tawar 
4.   Stevedoring 
5.   Bahan Buangan Kapal 
6.   Kerani Hitung 
7.   Lashing-unlashing
8.   Stuffing-unstuffing 
9.   Pembaikan dan Alat Ganti Kapal
10. Penyelaman 
11. Jeti Persendirian 

Kepada usahawan yg berminat untuk mendapatkan lesen bolehlah membuat permohonan melalui Unit Marin LPJ .  

Borang dan senarai semak boleh di download di bawah ini....

Borang Latar Belakang Syarikat
Senarai Semak Permohonan Perkhidmatan Sokongan  



Kepada penerima lesen perkhidmatan sokongan LPJ sila patuhi peraturan tersebut ok....
SYARAT LESEN PERKHIDMATAN

1. Lesen ini hendaklah ditunjukkan pada bila-bila masa jika dikehendaki.
2. Lesen ini tidak boleh dipindah milik atau disewakan. Lembaga Pelabuhan Johor berhak
    menamatkan lesen jika syarat ini tidak dipatuhi.
 3. Tempoh lesen adalah selama 1 (satu) tahun setiap tahun. Tiap-tiap lesen hendaklah
    diperbaharui dengan permohonan tidak lewat dari 3 bulan sebelum tarikh tempoh tamat
    lesen.
4. Pelesen hendaklah menghantar Laporan Prestasi Syarikat kepada LPJ setiap 6 bulan. Iaitu
    Januari sehingga Jun dan dari Julai sehingga Disember.
5. Pelesen hendaklah mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan seperti yang
    terkandung didalam Akta Lembaga Pelabuhan 1963, Undang-undang kecil dan peraturan-
    peraturan lain serta syarat yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
6. Lesen ini boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa Pelabuhan pada bila-bila
    masa tanpa memberi notis dan sebab dan adalah bebas daripada sebarang tuntutan.
 7. Pelesen ini hanya dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan seperti yang
    tercatat didalam lesen. Pelesen hendaklah mematuhi undang-undang dan peruntukan yang 
    terpakai oleh badan kerajaan lain.
8. Pelesen dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan sampingan yang dilampirkan
    bersama lesen ini jika ada dan hendaklah ditunjukkan bila-bila masa dikehendaki.
9. Pelesen dikehendaki mamatuhi segala syarat-syarat didalam mana-mana undang-undang, 
    peraturan, perintah yang sedang berkuatkuasa dari mana-mana pihak berkuasa apa-apa
    pindaan dari masa kesemasa yang berkaitan dengan aktiviti yang disebutkan didalam lesen
     ini.
10. Jabatan ini berhak menambah apa jua syarat-syarat yang difikirkan perlu keatas lesen ini 
       dari masa kesemasa.
 11. Pelesen dikehendaki memaparkan lesen/salinan lesen yang diperakui semasa 
      menjalankan operasi



*Perlu di ingat bagi permohonan Lesen Jeri Persendirian perlulah mengisi borang yg lain ...

Berikut adalah borang yg perlu di isi sila klik ....

Butir-Butir Jeti Persendirian 
Senarai Semak Permohonan Lesen Jeti Persendirian 






Jumaat, 7 September 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

MAYAT DITEMUI BERDEKATAN TERMINAL FERI CHANGI

  



Khamis, 2 Ogos 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

RO-RO MULA AKHIR TAHUN


Rabu, 1 Ogos 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

RO-RO AKAN BEROPERASI SEMULA


Selasa, 26 Jun 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

TERMINAL FERI TANJUNG BELUNGKOR DISWASTAKAN


Ahad, 22 April 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

Terminal Feri Tanjung Belungkor Mula Operasi

SAMBUTAN menggalakkan selepas pengurusan Indofalcon Shipping ambil alih operasi Terminal Tanjung Belungkor dan Terminal Feri Changi, baru-baru ini.
SAMBUTAN menggalakkan selepas pengurusan Indofalcon Shipping ambil alih operasi Terminal Tanjung Belungkor dan Terminal Feri Changi, baru-baru ini.
 
Indofalcon Shipping sedia khidmat hubungkan dua negara

JOHOR BAHRU: Terminal Feri Tanjung Belungkor dan Changi kembali beroperasi sejak 2 April lalu, selepas hab pengangkutan laut itu diambil alih syarikat, Indofalcon Shipping, yang menyediakan perkhidmatan feri menghubungkan antara dua terminal terbabit.
Syarikat yang mengendalikan feri penumpang Bahtera Ekspress itu menyediakan dua perjalanan sehari dengan keupayaan membawa 130 penumpang pada setiap pelayaran.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Nik Aziz Nik Hussain, berkata feri terbabit dijangka mampu memenuhi permintaan, terutama pengguna dari Singapura yang mahu melawat kawasan tarikan pelancong di negeri ini.

Berdasarkan perangkaan LPJ, katanya, 95 peratus penumpang feri yang disediakan di terminal itu adalah warga Singapura yang memilih Tanjung Belungkor untuk melawat sekitar Kota Tinggi dan Desaru.

"Selepas tiga minggu beroperasi dengan menawarkan dua perjalanan setiap hari, syarikat terbabit bercadang menambahkan satu lagi perjalanan tambahan bagi menampung jumlah yang ramai ketika operasi hujung minggu," katanya di sini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Pengerusi LPJ, Datuk Abdul Halim Sulaiman, yang dilaporkan meminta dua terminal feri terbabit dipulihkan kerana sebelum ini tidak mempunyai perkhidmatan feri.
Abdul Halim dilaporkan menggesa LBJ yang turut mentadbir sepenuhnya Terminal Feri Changi supaya menyediakan perkhidmatan feri di situ bagi mengelakkan pembaziran berikutan keperluan membayar sewaan tanah RM500,000 setahun kepada Kerajaan Singapura.

Beliau membuat teguran itu kerana dua terminal terbabit dibangunkan dengan kos RM50 juta tetapi tidak menyediakan perkhidmatan feri, walaupun mempunyai infrastruktur yang lengkap termasuk kemudahan untuk feri yang membawa kenderaan.

Nik Aziz berkata, pembukaan semula dua terminal terbabit diharap mampu menjadi tarikan pelancongan berikutan penyediaan perjalanan feri yang tetap setiap hari dan kini mendapat reaksi positif daripada orang ramai kerana ia adalah satu-satunya terminal feri yang beroperasi di Tanjung Belungkor.

Katanya, tujuan asal pembinaan terminal itu adalah menjadi pemangkin kepada produk pelancongan sekitar Desaru dan Kota Tinggi kerana kita mensasarkan kemasukan rakyat Singapura.

"Kerjasama ini akan mengeratkan hubungan kerajaan negeri dan Singapura kerana kemudahan yang disediakan itu dapat menguntungkan kedua pihak terutama berpotensi menerokai produk pelancongan tempatan," katanya.
 
Oleh Mahani Ishak

Jumaat, 6 April 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |
JOHOR BAHARU, 6 April (Bernama) -- Terminal Feri Tanjung Belungkor di Johor dan Terminal Feri Changi di Singapura yang kedua-duanya milik Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) perlu dimajukan, kata bekas pengerusi LPJ, Datuk Abdul Halim Sulaiman.

Beliau berkata ini kerana kedua-dua terminal yang dibina dengan kos RM50 juta itu kini kurang digunakan.

"Walaupun dinamakan terminal feri, tetapi tidak ada operator perkhidmatan feri yang beroperasi sama ada di Tanjung Belungkor yang terletak di Pengerang, timur Johor atau di Changi, Singapura.

"Kita mempunyai infrastruktur yang baik tetapi tidak digunakan. Ia merupakan suatu pembaziran yang amat besar dan jikalau dibiarkan begitu sahaja, ia akan menjadi projek 'gajah putih," katanya kepada Bernama.

Abdu Halim mendakwa LPJ mentadbir sepenuhnya Terminal Feri Changi menerusi sewaan tanah sebanyak RM500,000 setahun daripada kerajaan Singapura.

Terminal Feri Tanjung Belungkor mengikut perancangan adalah bagi menyediakan kemudahan feri bagi pelancong daripada Singapura dan Indonesia yang mahu memasuki negara ini daripada Changi, Pulau Batam dan Tanjung Pinang.

Kedua-dua terminal dikatakan juga turut menyediakan perkhidmatan feri bagi kemudahan pelancong Singapura membawa kenderaan mereka ke Johor.

"Disebabkan kedudukan Terminal Feri Tanjung Belungkor yang berdekatan dengan Singapura dan Indonesia, ia berpotensi untuk menjadi pintu masuk utama pelancong dari kedua-dua negara ini," kata Abdul Halim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Puteri Wangsa dan Timbalan Ketua Umno bahagian Tebrau.

"Ia ditambah pula kedudukan Terminal Feri Changi yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, yang juga merupakan antara lapangan terbang tersibuk di dunia dengan penggunanya mencecah puluhan juta orang setiap tahun.

"Dengan itu, kita juga boleh membawa pelancong terus daripada Lapangan Terbang Changi ke Johor menggunakan Terminal Feri Changi dan Tanjung Belungkor untuk mengunjungi pulau-pulau yang cantik di perairan timur Johor," katanya.

Beliau berkata Terminal Feri Tanjung Belungkor juga berpotensi untuk dijadikan hab pengangkutan laut bagi menghubungkannya dengan Terminal Feri Stulang Laut di Johor Baharu.

"Pertumbuhan di timur Johor dijangka akan menjadi lebih rancak apabila Lebuhraya Senai-Desaru siap tidak lama lagi serta rancangan kerajaan untuk membangunkan Pengerang sebagai hab industri minyak dan gas negara yang baru.

"Oleh itu Terminal Feri Changi dan Tanjung Belungkor perlu diberi suntikan baru di segi strategi pemasaran yang berkesan bagi memastikan kedua-dua kemudahan itu dapat menyumbang kepada kemakmuran negara," kata Abdul Halim.



-- BERNAMA

Selasa, 27 Mac 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

JEJAS PENGUSAHA KECIL