Khamis, 20 September 2012

Dicatat oleh lpjmarinetraffic |

JENIS-JENIS LESEN YANG DIKELUARKAN OLEH UNIT MARIN




Lesen-lesen tersebut ialah seperti berikut :

1.   Ship Chandling 
2.   Bunkering 
3.   Bekalan Air Tawar 
4.   Stevedoring 
5.   Bahan Buangan Kapal 
6.   Kerani Hitung 
7.   Lashing-unlashing
8.   Stuffing-unstuffing 
9.   Pembaikan dan Alat Ganti Kapal
10. Penyelaman 
11. Jeti Persendirian 

Kepada usahawan yg berminat untuk mendapatkan lesen bolehlah membuat permohonan melalui Unit Marin LPJ .  

Borang dan senarai semak boleh di download di bawah ini....

Borang Latar Belakang Syarikat
Senarai Semak Permohonan Perkhidmatan Sokongan  



Kepada penerima lesen perkhidmatan sokongan LPJ sila patuhi peraturan tersebut ok....
SYARAT LESEN PERKHIDMATAN

1. Lesen ini hendaklah ditunjukkan pada bila-bila masa jika dikehendaki.
2. Lesen ini tidak boleh dipindah milik atau disewakan. Lembaga Pelabuhan Johor berhak
    menamatkan lesen jika syarat ini tidak dipatuhi.
 3. Tempoh lesen adalah selama 1 (satu) tahun setiap tahun. Tiap-tiap lesen hendaklah
    diperbaharui dengan permohonan tidak lewat dari 3 bulan sebelum tarikh tempoh tamat
    lesen.
4. Pelesen hendaklah menghantar Laporan Prestasi Syarikat kepada LPJ setiap 6 bulan. Iaitu
    Januari sehingga Jun dan dari Julai sehingga Disember.
5. Pelesen hendaklah mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan seperti yang
    terkandung didalam Akta Lembaga Pelabuhan 1963, Undang-undang kecil dan peraturan-
    peraturan lain serta syarat yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
6. Lesen ini boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa Pelabuhan pada bila-bila
    masa tanpa memberi notis dan sebab dan adalah bebas daripada sebarang tuntutan.
 7. Pelesen ini hanya dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan seperti yang
    tercatat didalam lesen. Pelesen hendaklah mematuhi undang-undang dan peruntukan yang 
    terpakai oleh badan kerajaan lain.
8. Pelesen dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan sampingan yang dilampirkan
    bersama lesen ini jika ada dan hendaklah ditunjukkan bila-bila masa dikehendaki.
9. Pelesen dikehendaki mamatuhi segala syarat-syarat didalam mana-mana undang-undang, 
    peraturan, perintah yang sedang berkuatkuasa dari mana-mana pihak berkuasa apa-apa
    pindaan dari masa kesemasa yang berkaitan dengan aktiviti yang disebutkan didalam lesen
     ini.
10. Jabatan ini berhak menambah apa jua syarat-syarat yang difikirkan perlu keatas lesen ini 
       dari masa kesemasa.
 11. Pelesen dikehendaki memaparkan lesen/salinan lesen yang diperakui semasa 
      menjalankan operasi



*Perlu di ingat bagi permohonan Lesen Jeri Persendirian perlulah mengisi borang yg lain ...

Berikut adalah borang yg perlu di isi sila klik ....

Butir-Butir Jeti Persendirian 
Senarai Semak Permohonan Lesen Jeti Persendirian