|

LATAR BELAKANG (MARIN)


Unit ini merupakan sebuah Organisasi yang besar yang menjalankan fungsi-fungsi pengawalselian seperti yang termaktub di dalam Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan Malaysia 1963 (pindaan 1992), Undang-Undang Kecil Pelabuhan Pasir Gudang/Pelabuhan Tanjung Pelepas dan juga Perjanjian-Perjanjian Penswastaan.


Unit ini juga ditubuhkan bagi memastikan pengawalseliaan yang berterusan ke atas aktiviti-aktiviti berkaitan Maritim di dalam Pelabuhan Johor, Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas